seismik

[VIDEO] Namewee Kembali Dengan Lagu 'Katak', Tapi Cameo Syed Saddiq Ini Pula Jadi Tumpuan

Muzik video tersebut dimuat naik di YouTube sejak 12 Ogos lalu.

Cover image via Namewee (YouTube)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi rap kontroversi Namewee kembali dengan lagu tentang 'katak' dan memaparkan cameo daripada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam video muziknya

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu muncul dalam beberapa adegan termasuk menari bersama-sama Namewee dalam video berkenaan.

Video muzik disiarkan di akaun YouTube Namewee sejak 12 Ogos lalu dan ia turut menampilkan kumpulan rap tempatan 5Forty2 dan The Real Masta Clan.

Difahamkan video muzik bertajuk 'katak' itu ditujukan kepada ahli-ahli politik yang suka ‘melompat’ parti.

Syed Saddiq menari dengan rancak di samping Namewee

Video muzik itu menampilkan Namewee dalam baju dengan gambar katak dan topi katak, serta banyak adegan tujuh lelaki berpakaian sut formal dan bertali leher, memakai topeng katak dan cermin mata hitam sambil menari di pelbagai lokasi termasuk di sekitar Kuala Lumpur.

Di penghujung muzik video itu, tujuh lelaki berkenaan menari di sebuah restoran bersama Syed Saddiq yang pada mulanya kelihatan sedang makan di situ.

Dalam adegan seterusnya, Syed Saddiq dilihat menari bersama Namewee dan tujuh lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video muzik berkenaan telah pun meraih lebih 1.56M views, 34K likes dan 2403 comments di YouTube.

Dalam pada itu, Syed Saddiq dilihat turut memberikan ucapan sindiran tentang katak sebagai khazanah negara Malaysia, manakala tujuh lelaki itu berdiri di belakangnya sambil menari.

“Katak adalah spesies yang dilindungi di Malaysia. Mereka mempunyai IQ yang sangat tinggi dan sangat pandai melompat dengan banyak kolagen dan yang paling penting, mereka ini maha kaya.

“Di bawah jagaan negara kita selama bertahun-tahun, katak terus mengawan tanpa henti, membiak dengan cepat dan bilangannya semakin meningkat.

"Orang harus akui di Malaysia, katak adalah khazanah negara Malaysia," ujarnya.

Di akhir ucapannya, ketika dia cuba melaungkan 'Hidup Katak', kelihatan tujuh lelaki berkenaan mengangkat Syed Saddiq ketika dia berucap.

Sebagai rekod, Namewee yang merupakan anak jati Johor pernah mengarahkan filem bertajuk Babi.

Begitupun, beberapa pihak mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beliau kerana mendakwa filem yang ditayangkan di luar negara itu didakwa mencalarkan imej serta maruah negara.

Filem Babi yang ditayangkan di Taiwan pada 20 November 2020 itu berkisarkan kejadian keganasan dan rusuhan kaum yang berlaku di sebuah sekolah menengah terletak di selatan Malaysia.

Babi mencetuskan kontroversi selepas poster filem itu mengandungi perkataan ‘Melayu Bodoh’, ‘India Keling’ dan ‘Cina Babi’.

Tonton video muzik penuh berkenaan di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: