seismik

[VIDEO] Buat Api Guna 4 Bahan Je, Mat Bangla Ini Bukan Calang-Calang Orang. Serius Power!

Bangla memang pandai. Ada yang belajar sampai master dan PhD.

Cover image via Twitter @janatunmaqwa

Sebut sahaja 'bangla', ramai yang akan mula beranggapan buruk tentang golongan ini

Selalu sangat bangla akan dimarah kerana mereka dikatakan merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan. Bukan itu sahaja, mereka juga dikatakan penyebab meningkatnya kadar jenayah dalam negara. Pada masa yang sama, sebut sahaja bangla, mulalah kebanyakan orang akan berjenaka tentang bangla jual carpet atau permaidani, tak pun tasbih.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Malay Mail

Namun begitu, ramai yang tidak sedar bahawa bangla yang datang ke negara ini adalah kerana mereka benar-benar ingin mencari rezeki di sini. Bahkan mereka sanggup meninggalkan kehidupan mereka serta keluarga mereka untuk tempoh masa yang lama kerana pendapatan yang mereka peroleh di negara kita jauh lebih mewah berbanding di tanah air sendiri. 

Jangan main-main, mereka pun sebenarnya sangat pandai!

Baru-baru ini tular di laman sosial satu video memaparkan dua orang lelaki yang dipercayai warga Bangladesh menyalakan api dengan cara mereka sendiri

Menerusi laman Twitter, @Janatunmaqwa telah berkongsikan sebuah rakaman dua orang bangla menyalakan api dengan cara yang sangat unik dan menggunakan hanya empat bahan sahaja iaitu yis, gula, air dan serbuk penaik.

Meskipun rakaman itu hanya berdurasi 9 saat namun ia telah berjaya meraih lebih 350 ribu tontonan dan hampir 15 ribu retweets serta 11 ribu likes.

Power, memang betul-betul power! Tak percaya, lihat sendiri di bawah:

Susulan dari tularnya tweet itu, rata-rata warganet mula meninggalkan reaksi masing-masing di ruangan komen. Ada yang menjelaskan proses sebenar menghasilkan api dengan cara itu, ada juga yang mengakui warga bangla ini sebenarnya hebat-hebat belaka.

Antara komen dari warganet:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS:

Leave a comment